kritikan drp gerakan mahasiswa mansuh auku pada pindaan auku

Pindaan Seksyen 2

(d) dengan menggantikan takrif “pelajar??? dengan takrif yang berikut:

‘ “pelajar??? ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoron secara sepenuh masa atau sambila dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;’

Kritikan:
Jelas, pindaan ini merupakan salah satu strategi terbaru kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mencengkam keseluruhan mahasiswa di setiap peringkat pembelajaran. Ia memperlihatkan taktik desperado kerajaan sekarang bertujuan untuk terus membunuh idealisme dan aktivisme mahasiswa.

Seorang anak kecil pun pasti mampu memberikan hujah yang rasional berdasarkan logika mantika fikiran mereka bahawa pelajar lepasan ijazah tidak boleh disamakan dengan pelajar peringkat ijazah dan persediaan. Ia nyata bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat dan natural justice yang seharusnya difahami dan dimanifestasikan dalam praktis amalan manusiawi.

Satu contoh yang paling ketara adalah: menurut seksyen 15A(1) AUKU, seseorang pelajar tidak dibenarkan bekerja kecuali dengan kebenaran Menteri sebagaimana yang tertera dalam seksyen 15A(3) AUKU sebelum pindaan diluluskan atau dengan kebenaran Naib Canselor seandainya pindaannya diluluskan.

Pesoalannya, apakah adil peruntukan sebegini dikenakan sama rata ke atas semua individu yang bergelar pelajar Universiti atau Kolej Universiti termasuklah pelajar yang sedang mengikuti kursus kedoktoran? Tambahan pula, tiada sebarang garis panduan dan mekanisme yang jelas untuk memastikan Naib Canselor tidak akan menggunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan sebahagian pihak sahaja.

Ini adalah salah satu contoh yang praktikal dan rasional bagi membuktikan kepincangan AUKU dan pindaannya sejelas-jelasnya. Banyak lagi peruntukan-peruntukan lain yang secara jelas tidak memberikan kebaikan kepada pelajar keseluruhannya.

Seksyen 4A: “Jawatankuasa untuk menasihati Menteri mengenai perlantikan???

4A. Bagi maksud memilih orang yang layak dan sesuai bagi jawatan Naib Canselor atau bagi mana-mana jawatan lain yang Menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah Akta ini, Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa, melantik suatu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu.
Kritikan:
Sekali pandang, perutukan ini kelihatan baik agar Menteri tidak akan bertindak sesuka hatinya tanpa mengambil kira pandangan dan nasihat daripada pihak lain. Namun, andai diteliti dengan lebih lanjut, pindaan ini kelihatannya bersifat tempelan semata-mata untuk mengaburi mata mahasiswa rakyat bahawa pindaan yang dicadangkan adalah pindaan yang baik, namun sebenarnya tidak!

Kita mungkin boleh bersetuju seandainya jawatankuasa penasihat itu dilantik dengan berdasarkan kepada satu garis panduan perlantikan yang jelas. Namun, pindaan ini tidak menyediakan sebarang bentuk garis panduan tetap. Bahkan, lebih memburukkan keadaan, ahli jawatankuasa penasihat hanya boleh dilantik oleh Menteri sahaja! Apakah kita yakin bahawa Menteri akan memilih ahli jawatankuasa penasihat dari kalangan cendekiawan dan tokoh profesional yang benar-benar kompeten dan tidak akan bertindak zalim dan prejudis?

Apatah lagi Menteri dan jawatankuasa penasihat Menetri ini diberikan bidang kuasa yang seluas-luasnya untuk melantik Naib Canselor dan beberapa jawatan penting di setiap Universiti dan Kolej Universiti. Persoalan yang sama, apakah mereka ini benar-benar layak untuk melantik seseorang individu untuk memegang jawatan tertinggi dalam sesebuah Universiti dan Kolej Universiti? Apakah jaminan bahawa mereka akan berlaku adil dan tidak akan mempergunakan (baca:memanipulasi) kuasa dan kekuasaan yang diberikan kepada mereka?

Atas dasar itu, kita berpendirian bahawa pindaan ini adalah pindaan yang sia-sia bahkan hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan sekarang. Ia memberikan bidang kuasa yang jelas dan luas kepada Menteri dan jawatankuasa penasihatnya untuk melantik Naib Canselor dan jawatan-jawaran lain dalam universiti.

Penggantian seksyen 15

15. (1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain –

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.


Peruntukan ini secara jelas menampakkan niat tidak baik pihak kerajaan terhadap subject matter Akta ini secara khusus iaitu mahasiswa. Ia memberikan gambaran jelas bahawa pihak kementerian tidak serius dalam menangani dan menyelesaikan isu kemandulan mentaliti, kreativiti dan daya saing mahasiswa.

Meskipun peruntukan ini menyediakan satu aturan umum bahawa setiap pelajar diberikan hak untuk terlibat secara langsung dalam apa bentuk persatuan sekalipun, namun penyediaan kekangan dan halangan yang tersedia dalam 3 subseksyen berikutnya menjadikan hak dan kebebasan yang diberikan di peringkat awal sebenarnya bersifat kosmetik dan berkepentingan!

Halangan ke atas mahasiswa untuk berpatisipasi dan berkontribusi secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti politik jelas bercanggah dengan beberapa undang-undang asas yang ada di Malaysia termasuklah Perlembagaan Persekutuan, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa, Piagam Bangsa-bangsa Bersatu, prinsip-prinsip keadilan semulajadi. (natural justice) dan prinsip-prinsip aturan undang-undang (rule of law).

Bahkan, tanpa perlu merujuk secara terperinci kepada undang-undang domestik dan antarabangsa yang dinyatakan di atas, seorang manusia yang waras juga mampu untuk berhujah bahawa mahasiswa sebagai seorang warganegara yang sah di Malaysia seharusnya diberikan kebebasan untuk menikmati hak-hak asasi yang telah dijamin.

Bahkan, anadai dilontarkan kembali persoalan kepada kerajaan yang mencadangkan pindaan ini, apakah rasional sebenar di sebalik peruntukan drakonian sebegini? Sudah pasti, jawapan yang akan mereka berikan adalah supaya mahasiswa mampu memberikan tumpuan dan fokus yang lebih kepada akademik sebagai core business mereka di kampus.

Namun, ingin dikemukakan di sini, sepanjang AUKU berdiri sebagai sebuah undang-undang yang zalim di Malaysia selama 37 tahun, apakah bukti-bukti relevan dan praktikal bahawa mahasiswa dan universiti berjaya meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik mereka? Adakah ada mana-mana universiti di Malaysia yang berjaya mencapai tangga ke 200 dan ke atas dalam ranking universiti-universiti terbaik di dunia? Tambahan lagi, mengapakah negara-negara membangun lain seperti England, Jepun dan China tidak perlu langsung kepada undang-undang mirip AUKU untuk memastikan kecemerlangan prestasi akademik mereka??

Jawapan lain yang biasa mereka nyatakan adalah bahawa mahasiswa sebagai aset berharga negara perlu dipelihara daripada terpengaruh dengan mana-mana agenda politik kepartian yang bakal merosakkan mentaliti mahasiswa.

Namun, ingin dilontarkan kembali beberapa persoalan kepada mereka yang menjunjung AUKU sebagai undang-undang yang baik di Malaysia; selama AUKU wujud siapakah yang sebenarnya mendoktrinasi pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik kepartian? Siapakah yang menganjurkan program BTN yang semata-mata bertujuan untuk mengangkat ideologi politik sesebuah parti dan mengutuk ideologi politik yang lain? Siapakah yang biasanya menyalurkan jutaan ringgit untuk setiap jentera pro-aspirasi kampus setiap kali menjelang Pilihanraya Kampus? Siapakah yang menganjurkan bengkel jentera Pro-Aspirasi nasional dan siapa pula yang merasmikan bengkel tersebut??

Fakta sejarah sudah cukup jelas memperlihatkan bahawa mahasiswa selama ini dilayan secara double-standard! Kerana itu kita katakana bahawa peruntukan ini punyai kepentingan politik sebahagian pihak yang berkuasa.

Mahasiswa dan politik seharusnya tidak dipisahkan. Mahasiswalah yang bakal menggantikan kepimpinan negara yang ada sekarang. Mahasiswa yang bakal menerajui kecemerlangan dan kegemilangan negara di masa akan datang. Andai mahasiswa dibutakan daripada politik, maka negara sebenarnya melahirkan bakal-bal pemimpin yang mandul, tidak berdaya saing dan ketinggalan. Belajarlah daripada Singapura bagaimana kepimpinan yang ada sekarang mengkaderkan kepimpinan yang akan datang!

Seterusnya, halangan yang tertera dalam pindaan seksyen 15(1) (c) sekali lagi menjadi bukti bahawa kerajaan yang ada sekarang masih bernafsu rakus untuk mengcengkam mahasiswa! Ia memberikan kuasa yang terlalu besar tanpa had sempadan kepada Menteri dan Lembaga untuk menentukan status sesuatu pertubuhan samada dibenarkan atau tidak untuk mahasiswa sertai.

Peruntukan sebegini menafikan sama sekali hak yang telah diberikan di peringkat awal tadi untuk mahasiswa bebas menyertai apa-apa pertubuhan. Dengan menggunakan kuasa yang diberikan, Menteri boleh menyatakan bahawa sesebuah pertubuhan itu tidak boleh disertai oleh mahasiswa.

Pertikaiannya, apakah barometer yang digunakan Menteri untuk menentukan halal haram sesebuah pertubuhan? Bila mereka akan mengklasifikasikan sesebuah pertubuhan itu boleh disertai atau tidak? Apa yang dimaksudkan dengan kepentingan dan kesentosaan universiti dan pelajar? Apakah menyertai GPMS itu sentosa dan penting menurut seksyen ini???

Konklusinya, sekali lagi kita berpendirian bahawa pindaan yang dicadangkan oleh KPT kali ini tidak menyelesaikan masalah yan sedang dihadapi oleh mahasiswa. Pindaan ini sekadar topeng untuk mengembalikan pengaruh politik kerajaan di kalangan pelajar yang semakin terhakis.

15. (2) Suatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan Persekutuan boleh mempunyai apa-apa penggabungan, persekutuan atau urusan lain dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sama ada ia di dalam atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain –

(d) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(e) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(f) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

-Hujah yang sama dengan Seksyen 15 (1)-

Hujah tambahan:

Frasa “urusan lain??? yang tertera dalam seksyen ini sekaligus menutup sebarang ruang perbincangan atau apa-apa urusan yang bermanfaat bagi mahasiswa dan universiti dengan pertubuhan atau individu politik. Suatu percanggahan hak asasi yang jelas dan secara langsung mengecilkan ruang dan dimensi pembelajaran mahasiswa!

15. (4) Naib Canselor boleh, atas permohonan seseorang pelajar Universiti, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan perenggan (1)(a), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

Sekali lagi, kuasa yang terlalu luas untuk menentukan seseorang pelajar dibenarkan terlibat dalam politik atau tidak hanyasanya diberikan kepada Naib Canselor. Apakah jaminan bahawa Naib Canselor akan bertindak adil? Apakah garis panduan yang digunakan oleh Naib Canselor dalam memberikan kebenaran? Atau adakah Naib Canselor akan bertindak semata-mata berdasarkan budi bicaranya sahaja???

15. (1) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan Uiniversiti boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyetakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap –

(g) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(h) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(i) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(c) dan (2)(c) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.

-Hujah yang sama dengan Seksyen 15 (1)-

Hujah tambahan:

Andai menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik dianggap salah, apakah tindakan membuang undi ke dalam kotak undi pada hari pilihanraya juga ditafsirkan salah menurut seksyen ini??

Penggantian seksyen 15D

Meskipun prosiding penghakiman ditukar daripada prosiding jenayah kepada prosiding tatatertib, ia tidak meneyelasikan isu pencabulan hak mahasiswa yang sedang menjalani prosiding untuk mendapatkan pendidikan yang setara dengan mahasiswa yang lain.

Menurut seksyen ini, seseorang pelajar yang sedang menjalani prosiding tatatertib boleh digantung daripada mengikuti kursus pembelajaran mengikut budi bicara Naib Canselor.

Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang bahawa “seseorang individu adalah tidak bersalah sehingga terbukti (di mahkamah) dia bersalah??? (a person is innocent until proven guilty). Justeru, menggantung seseorang pelajar yang sedang melalui proses prosiding meskipun melalui budi bicara Naib Canselor adalah tidak adil. Aptah lagi kuasa yang terlalu luas (budi bicara) yang diberikan kepada Naib Canselor dalam hal ini amat tidak wajar dan berkepentingan!

Pindaan seksyen 16B

(a) (3) Seksyen ini memberikan kuasa kepada Naib Canselor untuk mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana individu sebagaimana yang tertera dalam peruntukan ini.

Ia jelas bercanggah dengan prinsip natural justice yang mana sebuah institusi kehakiman dan peradilan seharusnya perlu punyai sebuah struktur yang jelas dan teratur demi memastikan ia memainkan peranannya secara adil, telus dan independen.

Seandainya kuasa yang diberikan sebegini besar kepada Naib Canselor untuk bebas mewakilkan peranannya kepada sesiapa sahaja, tanpa sebarang garis panduan yang jelas, pastinya kecenderungan dan potensi untuk kuasa tersebut dilahgunakan amat tinggi. Lebih-lebih lagi kaedah perlantikan Naib Canselor itu sendiri dipertikaikan, apatah lagi orang-orang di bawahnya??!

(b) (3B) Menurut prinsip undang-undang (rule of law) yang diterima pakai di seluruh dunia, seseorang individu yang dikenakan sebarang tuduhan atas apa-apa kesalahan dalam mahkamah punyai hak untuk diwakili oleh seseorang yang punyai kelayakan dan tauliah yang sewajarnya menurut undang-undang. Ia penting demi memastikan keadilan tertegak dan kezaliman dihapuskan.

Namun seksyen ini sekaligus menafikan hak asasi tersebut. Meskipun peruntukan ini memberikan peluang kepada pelajar yang dituduh untuk diwakili oleh pekerja atau pelajar universiti, namun kedua-duanya bukanlah individu yang layak untuk menjadi wakil dalam mahkamah. Seharusnya mahasiswa diberikan hak untuk diwakil oleh peguam yang berkelayakan demi agar haknya terbela.